Tun Hisan: Pondok polis juga balai masyarakat

Tun Hisan: Pondok polis juga balai masyarakat

Selain untuk tempat membuat laporan, pondok polis yang terdapat di kawasan perumahan adalah juga tempat untuk orang awam membincangkan isu keselamatan mereka, kata Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah.

Gambar dari Taman Sri Maharani

Beliau berkata dengan cara itu, polis akan dapat bertindak segera sekiranya berlaku jenayah.

“Konsep balai polis boleh ditukar kepada konsep pusat masyarakat bagi membolehkan polis dan penduduk berjumpa untuk menangani jenayan di kawasan penduduk.

“Orang ramai boleh menggunakan bilik mesyuarat di balai polis untuk membincangkan isu keselamatan dengan pegawai polis,” katanya kepada pemberita pada majlis pecah tanah untuk projek pondok polis di Bandar Parklands hari ini.

Pondok bernilai kira-kira RM1.5 juta itu dijangka siap dua tahun lagi.

Tun Hisan menyeru supaya orang ramai sentiasa berjumpa dengan pihak polis.

Namun beliau berkata kes yang melibatkan jenayah lebih berat seperti berkaitan dadah, perlu dibawa berbincang di ibu pejabat polis.

– Bernama