Muar Musketeers juarai Ragbi Piala Presiden

Muar Musketeers juarai Ragbi Piala Presiden

IMG_2164
Kelab Ragbi Muar Musketeers (MMRC) mengesahkan kejuaraan Kejohanan Ragbi Piala Presiden JRU dengan menundukkan Kelab Ragbi Beringin Rendang (BRRC) di Stadium Batu Pahat semalam.

Kelab kendalian Mohd Farid Abd Aziz itu menumpaskan BRRC dengan mata 20-13 menjadikan BRRC di tempat kedua kejohanan tersebut.

IMG_2160
GAH…. Muar Musketeers menewaskan Beringin Rendang

“Bersyukur dapat kekal juara liga tahun lepas dan berharap akan mengulangi lagi pada tahun hadapan,” kata Farid, presiden Kelab Ragbi Muar Musketeers.

Sementara itu, Wildcats Permas Jaya menumpaskan UITM Titans dengan mata 33-26 untuk mendapatkan kedudukan ketiga kejohananan.

Pengerusi pertandingan Kesatuan Ragbi Johor (JRU) Zulkifli bin Mohd Amin menyatakan rasa puas hati beliau kepada penyertaan Kejohanan pada tahun ini.

See also  Le Tour de Langkawi unveils revamped route for 2024

“Terdapat 16 buah pasukan yang menyertai kejohanan pada tahun ini berbanding tahun lepas yang hanya menampilkan lapan pasukan sahaja,” kata Zulkifli.

“Pada kejohanan kali ini semua peserta menunjukkan corak permainan yang berkualiti dan prestasi permainan yang meningkat. Terdapat 40 orang daripada peserta akan dipilih untuk mewakili Johor ke Kejohanan Ragbi Kebangsaan,” tambah beliau lagi.

Dalam kejohanan kali ini, JRU mengadakan klinik ragbi bagi remaja bawah 15 tahun yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah di negeri Johor.

Turut hadir, YB Jais bin Sarday, ADUN Mahkota Kluang dan juga merupakan ahli exco Sukan Negeri Johor untuk menyampaikan hadiah kepada Johan dan pemenang tempat kedua. Hadiah tempat ketiga dan keempat disampaikan oleh En Amli bin Talib, Timbalan Ketua Eksekutif Selia Group.

See also  Former karate champ R. Sharmendran leads national squad

IMG_2119
Ikhlas: sumbangan Selia Group kepada Kesatuan Ragbi Johor

JRU menerima sumbangan daripada Selia Group bernilai RM50000 dalam kejohanan ini dan memberi Jersi Kesatuan Ragbi Johor kepada Amli sebagai tanda penghargaaan.

Azizan Yunus