Kempen tanda tangan di pasar tamu Papar

Satu kempen mengumpul tanda tangan untuk mendesak kerajaan persekutuan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diadakan di pasar tamu, Papar.

Kehadiran pendatang asing tanpa izin ke Sabah dengan kadar yang tidak terkawal sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Melihatkan keadaan yang semakin meruncing ini, parti SAPP telah mengambil langkah awal melalui kempen ini.

Kerisauan di kalangan penduduk Sabah jelas kelihatan kerana ramai yang beranggapan bahawa dalam masa 5 tahun jumlah PATI akan melebihi jumlah penduduk asal Sabah.

Menurut Eprahim Chew, 65, yang datang untuk menurunkan tandatangan, kempen ini wajar diadakan untuk mengurangkan jumlah PATI di Sabah.

“Sekarang banyak kecurian dan jenayah-jenayah pun banyak dilakukan oleh PATI,”ujar Eprahim yang sudah pun menurunkan tanda tangan.

Objektif kempen ini adalah untuk mengumpul 100 ribu tandatangan daripada rakyat Sabah.?