Skuad Yayasan Prihatin Kedah dilancarkan

Skuad Yayasan Prihatin Kedah dilancarkan

Skuad Yayasan Prihatin Kemiskinan dan Pendidikan Kedah (YPKPK) hari ini dilancarkan, bertujuan mengenalpasti permasalahan rakyat untuk dibantu yayasan tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama.

Skuad Yayasan Prihatin Kemiskinan dan Pendidikan Kedah (YPKPK) hari ini dilancarkan, bertujuan mengenalpasti permasalahan rakyat untuk dibantu yayasan tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama.

Pelancaran skuad pertama seramai 20 orang itu dilakukan di Masjid Kampung
Besah, Binjol, Kuala Ketil oleh pengerusinya Zuraidi Rahim.

Zuraidi berkata yayasan itu akan mewujudkan skuadnya di setiap kampung di Kedah dalam melicinkan matlamat yayasan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

“Hingga kini lebih 10,000 sukarelawan akan menyertai YPKPK dan perasmian
skuad ini di setiap kampung akan terus dibuat dalam waktu terdekat,” katanya.

Beliau berkata skuad yayasan itu boleh disertai semua kaum dan fahaman politik.

Sementara itu, Ketua Skuad YPKPK Kampung Besah Amir Azmi, 31, yakin golongan remaja dan belia dapat disatukan dalam skuad ini untuk dilatih menjadi masyarakat yang berguna.

“Melalui aktiviti skuad ini kegiataan negatif melibatkan belia dan remaja dapat dielakkan,” katanya.

– Bernama