Syabas maklumkan gangguan bekalan air berakhir selewatnya petang ini

Syabas maklumkan gangguan bekalan air berakhir selewatnya petang ini

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) memaklumkan gangguan bekalan air berlaku di sekitar kawasan Damansara, Sungai Buloh dan Petaling Jaya pada Isnin lalu akan berakhir selewat-lewatnya petang ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) memaklumkan gangguan bekalan air berlaku di sekitar kawasan Damansara, Sungai Buloh dan Petaling Jaya pada Isnin lalu akan berakhir selewat-lewatnya petang ini.

Menurut jurucakap syarikat bekalan air itu, ia berikutan air diisi di tangki Matang Pagar dan Ess Ingham, Sungai Buloh masih belum beroperasi sepenuhnya kerana selepas kerja penyelenggaran dilakukan semalam.

“Kami berharap penduduk sekitar Lembah Klang supaya bersabar di mana kami menjangkakan air ditangki akan penuh lewat petang ini,” katanya dihubungi Komunitikini, hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya juga telah memaklumkan gangguan bekalan air kepada penduduk di akhbar arus perdana pada 22 dan 23 Februari lalu.

See also  Air Itam Dam low on water, PBAPP urges conservation 

“Gangguan bekalan air itu berpunca kerana pihaknya melakukan kerja penyelenggaran menukar injap di tangki tersebut,” ujarnya.