Gangguan bekalan air di Kota Bharu

Beberapa kawasan di sekitar bandar ini akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja pemasangan paip utama di tapak Projek Jambatan Sultan Yahya Petra di sini Isnin ini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Hazwan Hassan dalam kenyataan hari ini berkata gangguan itu akan bermula pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi keesokannya.

Beliau berkata antara kawasan terlibat ialah di Jalan Tok Hakim, Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Telipot, Jalan Kebun Sultan, Jalan Merbau, Jalan Kelochor, Wakaf Mek Zainab, Taman Tengku Ahmad Panglima, Taman Limau Manis dan sepanjang
Jalan Pantai Cahaya Bulan.

Hazwan berkata pengguna boleh menghubungi Pusat Informasi AKSB di talian 1300-88-2572 untuk pertanyaan berhubung perkara itu.
— Bernama