Keputusan siasatan Biaramas dalam tempoh sebulan

Keputusan siasatan Biaramas dalam tempoh sebulan

Lembaga Perlesenan dan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan memutuskan dalam tempoh sebulan jika tindakan akan diambil terhadap syarikat Biaramas Ekspres.

Lembaga Perlesenan dan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan memutuskan dalam tempoh sebulan jika tindakan akan diambil terhadap syarikat  Biaramas Ekspres.

Ini ekoran satu nahas bas miliknya pada Januari lepas, yang mengakibatkan dua orang terbunuh.

 

 

 

 

 

Picture from MiriCommunity.Net

Pengerusi LPKP Sarawak Hasbi Habibollah berkata jawatankuasa inkuiri kemalangan akan bersidang selepas satu audit terperinci dilakukan oleh LPKP dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP).

“Kita berharap segalanya siap dalam tempoh sebulan. Selain tindakan bakal diambil, jawatankuasa akan memutuskan mengenai prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi syarikat berkenaan untuk mengelak kejadian seumpamanya berulang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasbi berkata, pengurusan syarikat Biaramas Express akan dipanggil bagi memberi keterangan kepada jawatankuasa inkuiri yang turut dianggotai  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis, Puspakom, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Beliau berkata, Biaramas Ekspress masih dibenarkan beroperasi seperti biasa sehingga jawantankuasa inkuiri menerima laporan audit dan memutuskan tindakan bakal diambil kelak.

Dalam kejadian pada 6.15 pagi 28 Jan itu, wanita tempatan Cheria Menua, 39, yang mengandung enam bulan dan warga India, Ranjit Singh, 55, terbunuh apabila bas yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan baja di KM4 Jalan Bintulu-Tatau.

– Bernama