Karnival pendidikan Mara untuk lepasan SPM dan STPM

Karnival pendidikan Mara untuk lepasan SPM dan STPM

Mara menganjurkan Karnival Pendidikan 2011 selama dua hari mulai hari ini di Dewan Sultan Abdul Halim, Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini khusus untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Pengarah Kanan Mara, Mansor Putih berkata karnival itu yang turut disertai pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara dan antarabangsa diadakan bertujuan memberikan maklumat mengenai peluang melanjutkan pelajaran yang bersesuaian dengan kelayakkan akademik, minat dan kemahiran mereka.

“Pelajar-pelajar dapat bertemu secara langsung dengan wakil institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mengambil bahagian untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai kursus yang diminati dan ditawarkan,” katanya pada sidang akhbar di Kuin hari ini.

See also  HWUM earns recognition for graduate employability

Penyertaan institusi pengajian tinggi luar negara seperti New Zeland, India, Perancis dan Australia pada tahun ini merupakan tarikan terbaru pada karnival kali ini, katanya.

Mansor berkata ceramah kerjaya turut diadakan pada karvival itu selain  khidmat runding cara, temuduga terbuka dan maklumat pinjaman pelajaran.

Selain di Alor Setar, Karnival Pendidikan Mara 2011 akan turut diadakan di Johor Baharu (5- 6 Mac), Kuala Lumpur (11- 13 Mac), Kuala Terengganu (15- 16 Mac), Kota Baharu (19- 20 Mac), Zon Sarawak (25- 26 Mac), Zon Sabah (29- 30 Mac) dan Ipoh (9-10 April) dari 10 pagi hingga 6 petang.

– Bernama