Kadar jenayah di Miri menurun

Kadar jenayah di Miri menurun

Jumlah jenayah di sekitar bandar raya Miri dilaporkan menurun kepada 1,875 kes tahun lalu berbanding 2,142 kes pada tahun sebelumnya, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Dr George Chan.

Jumlah jenayah di sekitar bandar raya Miri dilaporkan menurun kepada 1,875 kes tahun lalu berbanding 2,142 kes pada tahun sebelumnya, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Dr George Chan.

Beliau berkata daripada jumlah tahun lalu, 1,709 kes melibatkan jenayah harta benda dan 166 jenayah keganasan.

Bagi 2009 pula, jumlah jenayah harta benda ialah 1,931 kes dan jenayah keganasan sebanyak 211 kes, katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai keadaan  keselamatan di Miri oleh Ketua Polis Daerah Miri, ACP Jamaludin Ibrahim.

Dr Chan berkata jenayah jalanan yang termasuk dalam kategori jenayah keganasan turut menurun kepada 143 kes tahun lalu berbanding 223 kes pada tahun sebelumnya.

“Kadar penyelesaian kes bagi 2010 ialah 43.04 peratus melepasi sasaran peringkat negeri 40 peratus,” katanya.

Dr Chan yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak berkata daripada jumlah kes tahun lalu, hanya satu melibatkan rakyat asing yang keretanya dicuri semasa berada di bandar raya ini.

– Bernama