Warganegara emas meninggal dunia di pejabat pendaftaran

Warganegara emas meninggal dunia di pejabat pendaftaran

Seorang lelaki berumur 83 tahun meninggal dunia ketika sedang berurusan untuk memohon MyKad di Pejabat Pendaftaran Daerah Bandar Baru, Serdang pada hari pertama Kempen Mydaftar Nasional pada 19 Feb lalu.

Kempen tersebut bertujuan untuk membantu masyarakat India memiliki MyKad yang dilancarkan di peringkat nasional.

M. Munusamy dikatakan tiba-tiba meninggal dunia ketika kakitangan pejabat itu sedang berurusan mendapatkan maklumat tentang dirinya.

“Dia meninggal ketika duduk di atas sebuah kerusi kira-kira pukul 2.10 petang,” kata Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Kedah, A. Manivil.

Beliau berkata sebuah khemah didirikan di hadapan pejabat pendaftaran berkenaan khusus untuk orang ramai memohon MyKad.

“Peristiwa kematian warga emas itu masih menjadi memori sedih buat saya memandangkan warga emas itu tidak pernah memiliki MyKad sehingga kematiannya dalam usia 83 tahun,” kata Manivil.

Katanya pihaknya membantu lebih 200 penduduk berketurunan India dari Sungai Petani dan Serdang untuk memohon MyKad.

– Bernama