Masalah meter air Sabah akan ditangani

Masalah meter air Sabah akan ditangani

Bagi meningkatkan kutipan bayaran daripada pengguna, Jabatan Air Negeri Sabah akan berusaha menangani masalah kelewatan pembacaan meter air, kata pengarahnya Awang Mohd Tahir Mohd Talib.

Bagi meningkatkan kutipan bayaran daripada pengguna, Jabatan Air Negeri Sabah akan berusaha menangani masalah kelewatan pembacaan meter air, kata pengarahnya Awang Mohd Tahir Mohd Talib.

Katanya beberapa pasukan dalam jabatan itu telah digerakkan menjalankan kerja pembacaan meter di setiap daerah.

Katanya masalah kelewatan pembacaan meter pengguna dikenal pasti antara punca kutipan bayaran tidak mencapai sasaran setiap tahun dan menjadi antara aduan yang banyak diterima daripada pengguna.

Awang Mohd Tahir berkata walaupun pihaknya masih menerima aduan daripada pengguna berhubung kelewatan pembacaan meter, bilangannya telah berkurangan hasil penambahbaikan yang telah dilakukan.

Katanya langkah lain bagi meningkatkan kutipan bayaran pengguna adalah melalui pelaksanaan operasi pemotongan bekalan air di kediaman pengguna yang gagal membayar bil tertunggak mengikut masa yang ditetapkan.

– Bernama