Cara penyembelihan halal akan diekspot

Cara penyembelihan halal akan diekspot

Universiti Sultan Zainal Abidin?(UniSZA) merancang memperluaskan konsep penyembelihan halal kepada masyarakat?Muslim di luar negara tidak lama lagi.

Universiti Sultan Zainal Abidin?(UniSZA) merancang memperluaskan konsep penyembelihan halal kepada masyarakat?Muslim di luar negara tidak lama lagi.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Alias Daud berkata masyarakat Muslim?luar negara yang berminat mengetahui lebih mendalam tentang kepakaran?penyembelihan halal dan bersih, bolehlah mengikutinya di sini.

“Kita menyediakan medium dalam bahasa Inggeris untuk peserta dari negara?asing mengikuti kursus itu kelak,” katanya selepas menutup Bengkel Penyembelihan?Halal anjuran UniSZA di sini hari ini.

Bengkel dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Hal Ehwal?Agama Terengganu (JHEAT) dan lain-lain agensi kerajaan itu disertai 40 peserta?terdiri daripada pengusaha makanan serta kakitangan mereka selain orang?perseorangan yang berminat.

Dr Alias berkata kursus penyembelihan halal ini bukan sahaja ditawarkan?kepada masyarakat Muslim tempatan, tetapi juga dibuka kepada masyarakat luar.

See also  Coursera equips Malaysia's workforce for the AI ageĀ 

“Kalau keadaan mengizinkan dengan kepakaran yang cukup, kita juga akan bawa?kepakaran kita ke negara-negara seperti Vietnam, Kemboja dan sebagainya bagi?memberi bimbingan dan pengetahuan tentang penyembelihan halal,” katanya.

Beliau berkata tujuan program itu diadakan ialah bagi memberi pendedahan?kepada masyarakat umum mengenai proses penyembelihan halal dan konsep pengurusan?penyembelihan itu.

Bagaimanapun, katanya setelah peserta mengikuti bengkel itu, sijil kepakaran?penyembelihan halal akan dikeluarkan oleh JHEAT setelah peserta menjalani sesi?temuduga.

Katanya program itu diadakan untuk memberi pengetahuan asas kemahiran?penyembelihan haiwan mengikut hukum Syarak dengan menyalurkan maklumat berkaitan?penyembelihan halal dan bersih dalam konteks kesihatan umum.

Dr Alias berkata program itu dibuat setelah didapati ada pihak merasa?ragu-ragu dengan penyembelihan yang dilakukan di tempat-tempat penyembelihan?seperti di pasar-pasar dan lain-lain tempat penyembelihan kebelakangan ini.

See also  Lewis Hamilton visits SMK Seri Keramat and champions STEM

– Bernama