Kedai buku besar dan selesa

Penggemar buku ada kalanya bukan sahaja?cerewet memilih buku tetapi juga lokasi terbaik mencari buku.

Bagi yang mementingkan kualiti dan pilihan, akan mencari kedai buku yang?besar dan selesa; berbeza dengan mereka yang mempunyai bajet terhad akan memilih?untuk ke kedai buku terpakai.

Trend terkini ialah memesan buku secara online,?yang amat sesuai bagi mereka yang sibuk dan tidak berkesempatan ke kedai buku.

Bagi mencari dan mendapatkan cadangan lokasi pembelian buku terbaik?khususnya di kawasan Lembah Klang, penulis melayari beberapa laman forum?dalam talian dan blog pembaca tegar.

Dari situ, didapati sebahagian besar pembeli buku memilih Kinokuniya di?Suria KLCC atau BookXcess di Amcorp Mall Petaling Jaya untuk membeli buku baru.

Bagi pencari buku-buku terpakai pula, gudang jualan Payless Book di Dataran?Milennium Petaling Jaya, Junk Bookstore di Jalan Tun H.S. Lee dan tingkat atas?Pasar Chowrasta, Pulau Pinang disebut-sebut sebagai lokasi terbaik pilihan?mereka.

Populariti Kinokuniya atau Kino dalam kalangan banyak rakyat Malaysia?mungkin dibantu oleh lokasi yang sangat strategik.

Suria KLCC mudah diakses memandangkan ia mempunyai stesen LRT sendiri serta?tempat letak kereta bawah tanah yang sangat luas.

Meneliti komen pembaca dalam forum dan blog masing-masing, empat faktor?dapat dirumus yang menjadikan Kino sangat digemari ramai iaitu pilihan buku,?persekitaran, layanan pekerja dan khidmat dalam talian.

Gudang buku dua tingkat itu menawarkan pilihan tajuk buku yang sangat banyak?dengan kepelbagaian genre yang mampu memuaskan keperluan bacaan kebanyakan jenis?pembaca di Malaysia.

Pengurus Hal Ehwal Korporat Kino, Theresa Chong berkata gudang itu?menyediakan sekurang-kurangnya 250,000 judul buku dalam satu masa, meskipun?beliau tidak pasti sama ada angka itu ialah koleksi jualan buku terbesar?negara.

Pengunjung kali pertama akan segera menyedari betapa luas pilihan buku?yang ditawar oleh gudang dua tingkat yang mengkhususkan tingkat atas hanya?kepada naskhah seni dan sastera.

Jika terasa rambang mata, pengunjung tidak perlu khuatir kerana tajuk-tajuk?buku di Kino dikatalogkan dengan baik, kemas dan tersusun sekaligus memudahkan?pengunjung mencari genre pilihan dengan cepat.

Lebih baik lagi, Kino mengamalkan konsep rak buku terbuka yang mana?pengunjung boleh memilih dan membaca sebanyak mungkin buku-buku yang dibuka atau?‘sampel’ sebelum membuat pembelian.

Seorang pengunjung mengakui perasaan selesa itulah yang menjadikan Kino?lokasi pilihan untuk beliau meluangkan masa berkualiti dengan yang tersayang di?hujung minggu.

“Pekerja Kino tidak akan mengganggu meskipun pengunjung mengambil masa?seharian untuk memilih buku, berbeza dengan layanan pekerja di sesetengah kedai?buku tempatan yang sering mengekori sambil merenung menyebabkan kita terasa?dilayan bak pencuri,” luahnya dalam satu laman forum.

Seorang pengunjung yang lain pula selesa membenarkan anak-anaknya berlegar?di dalam Kino selama mana yang mereka mahu kerana yakin dengan tahap keselamatan?dan kebersihan gudang buku itu.

“Saya pasti mereka tidak akan sesat, lagipun rak-rak buku yang rendah dan?mesra kanak-kanak memudahkan mereka dipantau dari jauh selain membolehkan mereka?mencari sendiri naskhah pilihan tanpa bantuan orang dewasa,” katanya.

Pengemar buku terutama dari luar Lembah Klang mungkin menghadapi masalah?mencari buku idaman memandangkan pilihan kedai buku yang terhad di kawasan?masing-masing.

Di sinilah letaknya kepentingan perkhidmatan pembelian buku dalam talian?Kino yang dinamakan BookwebMalaysia.

Seorang penulis blog dari Ipoh memuji perkhidmatan BookwebMalaysia yang?dianggapnya lebih cekap dan pantas, selain kos penghantaran murah berbanding?pesanan buku melalui peruncit dalam talian utama dunia, Amazon.com.

Kata Chong, setiap pesanan buku akan diproses pada waktu yang sama setiap?hari bagi memastikan pesanan tiba kepada pembeli dalam tempoh selewat-lewatnya?dua hari dengan kos hanya RM8 untuk setiap penghantaran dan percuma jika?jumlah buku berharga RM300.

“Sambutan terhadap perkhidmatan ini amat memberangsangkan dan sentiasa?meningkat setiap bulan,” katanya.

Sambil meluahkan rasa penghargaan kepada ahli masyarakat yang mempercayai?khidmat Kino, beliau tidak menafikan ada kemungkinan mereka akan membuka?cawangan yang baru jika menemui peluang dan lokasi sesuai.

Sejujurnya, penulis menyedari harga-harga buku yang menarik memang mahal?untuk golongan pekerja kelas pertengahan, malah ia boleh dianggap bagai satu?kemewahan jika ada wang kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Ini menyebabkan ramai yang tidak mampu berbelanja bagi memenuhi keinginan?membaca kerana perlu menyimpan duit untuk keperluan hidup yang lebih?penting.

Bagaimanapun, semasa meninjau-ninjau di Amcorp Mall baru-baru ini, penulis?terpandang sebuah buku bergambar kulit tebal ‘Antarctica: A Call to Action’ yang?dijual dengan harga RM17.90 sedangkan harga asal yang turut tertera di kulit?buku ialah RM111.00.

Ia kedengaran mustahil, tetapi kedai buku BookXcess memang menjual buku-buku?baru berbahasa Inggeris dengan potongan harga sekurang-kurangnya 50 peratus dari?harga buku asal.? Ini pastinya lebih berbaloi jika dibandingkan dengan banyak kedai buku?terpakai yang pernah penulis lawati.

Jumlah judul buku di BookXcess mungkin hanya sekitar 10,000 judul yang?dibahagikan kepada fiksyen, bukan fiksyen, remaja dan kanak-kanak, tetapi ia?turut menempatkan banyak tajuk-tajuk popular atau karya penulis ternama.

Ia termasuk karya laris novelis terkemuka seperti Dan Brown, Sidney?Sheldon, Cecelia Aher, Danielle Steel, John Grisham dan Sophie Kinsella.? Ada juga karya klasik dari Agatha Christie, Charles Dicken, J.R.R. Tolkien,?Jane Austen, Sir Arthur Conan Doyle serta William Shakespeare.

Golongan muda boleh memilih buku-buku popular seperti siri Twilight, Cirque?Du Freak, Harry Potter, Percy Jackson, The Vampire Diaries selain Nancy Drew dan?The Hardy Boys.

Pengunjung dewasa pula boleh memilih pelbagai genre buku yang bersesuaian?dengan minat termasuk biografi, sejarah, hobi malah pelbagai buku masakan?terkini chef-chef selebriti termasuk Martin Yan, Ramsey Gordon, Jamie Oliver dan?lain-lain.? Pastinya peminat buku teruja apabila melihat perbezaan harga yang nyata?begitu besar di antara harga jual dan dan harga runcit sebenar.

Merungkai pertanyaan penulis, pemilik BookXcess, Andrew Yap menjelaskan?bahawa kedai itu menjual buku-buku berlebihan atau buku terlebih cetak.

“Buku berlebihan adalah buku-buku yang tidak dapat dijual dan dipulangkan?semula oleh pengedar, manakala buku lebihan cetakan berlaku apabila penerbit?terbuat anggaran permintaan yang lebih tinggi berbanding permintaan sebenar,”?jelasnya.

Menurut beliau, syarikat penerbitan termasuk nama terkenal seperti?Bloomsbury, HarperCollins, Headline-Hodder, Random House, Paragon, Penguin dan?Walker perlu mengosongkan gudang mereka untuk terbitan terbaru.

Ini bermakna, lebihan stok itu perlu dijual dengan harga yang sangat rendah,?serta memungkinkan buku-buku laris terkini untuk muncul di kedai itu dalam?tempoh hanya beberapa bulan selepas diterbitkan.

Untuk kemudahan pengunjung, BookXcess menyediakan sistem pangkalan data yang?baik sama ada menerusi laman web atau laman sosial Facebook mereka.

Oleh itu, pembaca yang ingin membeli buku idaman dicadangkan membuat?pertanyaan di laman Facebook mereka terlebih dahulu untuk menyemak buku yang?ingin dibeli.

Meskipun terasa sedikit terkilan ekoran penulis telah berbelanja besar?beberapa bulan lalu bagi membeli buku-buku idaman, penulis yakin kedai ini?antara lokasi terbaik kepada peminat buku atau pencari hadiah dengan bajet?terhad.

– Bernama