Penyelidik USM cipta kit pengesan kolera

Penyelidik USM cipta kit pengesan kolera

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah mencipta kit yang dapat mengesan bakteria kolera dengan cara yang mudah dan lebih cepat.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah mencipta kit yang dapat mengesan bakteria kolera dengan cara yang mudah dan lebih cepat.

Ketua Penyelidik Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Dr Lim Boon Huat berkata kit itu adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan mampu mengesan bakteria menerusi celupan membran dan ini boleh menjimatkan kos dan masa dalam sains kesihatan.

“Inovasi yang dikenali sebagai ez Cholera Genostick itu berpotensi digunakan dengan meluas di seluruh dunia dan berupaya mengesan pelbagai jenis DNA lain seperti virus, bakteria dan HIV dan jaluran uji dapat dilihat dengan mata kasar sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

See also  Alpro Pharmacy & TCI Gene partner for genetic testing

Beliau berkata, ez Cholera Genostick dapat mengurangkan tempoh ujian kepada selama dua jam berbanding dengan kaedah konvensional sebelum ini.

Dr Lim berkata kajian untuk mencipta kit itu bermula sejak tahun 2007 dan ia menggunakan geran jangka pendek USM berjumlah RM20,000 sahaja.

Katanya produk yang telah dipatenkan di peringkat tempatan dan juga antarabangsa itu boleh digunakan tanpa perlu latihan khusus.

– Bernama