RM1 juta untuk tong sampah Kelantan

RM1 juta untuk tong sampah Kelantan

Kerajaan Persekutuan menyerahkan 954 tong sampah komuniti kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kelantan, yang?kesemuanya bernilai RM1 juta.

Kerajaan Persekutuan menyerahkan 954 tong sampah komuniti kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kelantan, yang?kesemuanya bernilai RM1 juta.

Penyerahan tong sampah berwarna hijau itu diserahkan Menteri Perdagangan?Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed kepada Timbalan Setiausaha?Kerajaan Negeri Kelantan Zainuddin Ibrahim.

Dalam ucapannya, Mustapa berkata tong sampah itu diberikan bagi membantu?mewujudkan persekitaran yang lebih bersih.

Beliau berkata tong berkenaan dapat mendidik masyarakat agar menjaga? kebersihan serta membanteras keadaan kotor di sekitar bandar dan mencegah?pembiakan nyamuk Aedes.

Majlis penyerahan itu turut dihadiri wakil PBT daripada 14 jajahan di negeri?ini.

-Bernama