Isu setempat akan diberi perhatian

Isu setempat akan diberi perhatian

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noor Najhan Mohd Salleh berkata, beberapa perkara antaranya kebersihan dan kemudahan untuk golongan muda juga akan dibincangkan melalui kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan majlis kelak.

Beberapa isu melibatkan infrastruktur antaranya parit, longkang dan jalan akan diberi perhatian demi kesejahteraan penduduk setempat di sini.

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noor Najhan Mohd Salleh berkata,  beberapa perkara antaranya kebersihan dan kemudahan untuk golongan muda juga akan dibincangkan melalui kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan majlis kelak.

Menurutnya, selain daripada gerak kerja majlis, penduduk juga diminta untuk sentiasa berhubung dengan pimpinan setempat bagi membolehkan segala permasalahan dapat diatasi sebaik mungkin.

“Dialog yang kita adakan ini telah memberi manfaat kepada semua pihak terutama dalam memastikan keselesaan penduduk terjamin.

“Malah komitmen semua jabatan yang terlibat juga banyak membantu dalam usaha majlis memberikan perkhidmatan di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Majlis Dialog Bersama Persatuan Penduduk Taman Kapar Ria, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam, Ketua Kampung Kapar Baharom Zaman Majid dan penduduk setempat.

Beberapa jabatan turut terlibat pada majlis itu antaranya Jabatan Kejuruteraan, Kesihatan, Korporat dan wakil serta agensi yang terlibat.