Program penyedaran dadah untuk masyarakat Langkawi

Program penyedaran dadah untuk masyarakat Langkawi

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Langkawi akan memperbanyakkan lagi program masuk ke kampung-kampung di pulau peranginan ini bagi menyedarkan masyarakat mengenai bahaya dadah.

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Langkawi akan memperbanyakkan lagi program masuk ke kampung-kampung di pulau peranginan ini bagi menyedarkan masyarakat mengenai bahaya dadah.

Setiausaha Pemadam Langkawi, Halib Salleh berkata beberapa kampung dikenal pasti untuk diadakan program itu mulai bulan depan.

Beliau berkata program itu akan diisikan dengan pelbagai aktiviti seperti  pemeriksaan kesihatan, ceramah kesedaran dan pameran berkaitan dadah selain untuk memperkenalkan Pemadam.

Halib berkata program pertama yang diadakan di Kampung Bukit Malut di sini tahun lepas menarik penyertaan kira-kira 1,000 orang penduduk.

– Bernama