MPK anjur sambutan Maulidur Rasul di Meru

MPK anjur sambutan Maulidur Rasul di Meru

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, program Expresi Budaya yang bakal diadakan di Giant Hypermarket Klang Sentral Meru ini akan berlangsung pada 19 dan 20 Februari ini

Bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah tahun ini dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK), Pejabat Ahli Majlis MPK, Pejabat Agama Islam Daerah Klang dan Pejabat Pendidikan Daerah Klang akan menganjurkan Program Expresi Budaya yang bakal diadakan di Pasaraya Giant Meru.

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, berlaku kelainan untuk kali ini kerana penglibatan pihak Giant memberikan ruang kepada MPK untuk menganjurkan program seperti ini.

Menurutnya, pelbagai acara yang bakal dipertandingkan iaitu azan dan iqamat, mewarna khat, menulis jawi, forum perdana, pertandingan nasid dan marhaban.

“Program yang berjalan selama 2 hari ini bakal menyaksikan saingan sengit antara kumpulan-kumpulan nasyid Daerah Klang bertanding merebut kejuaraan di peringkat Daerah Klang.

See also  Resorts World Genting unveils early Raya extravaganza

“Program Expresi Budaya yang bakal diadakan di Giant Hypermarket Klang Sentral Meru ini akan berlangsung pada 19 dan 20 Februari ini,” katanya.

Semua warga Klang digalakkan untuk menyertai program ini dengan mendapatkan segera borang penyertaan dan tarikh tutup pada 16 Februari.

Orang ramai yang ingin menyertai program ini bolehlah menghubungi Puan Roshayati Abdul Rahim di talian 03-33716044 samb 1234/1015, 019-2207671, faks 03-33720875 atau [email protected].