Hotel Waterfront Labuan akan dinaiktaraf

Hotel Waterfront Labuan yang terletak di zon strategik, iaitu diantara Ujana Kewangan Labuan dan kawasan waterfront akan menjalani proses penaik tarafan pada jangka masa yang terdekat.

RM 30 juta akan dibelanjakan untuk pembaik pulihan Hotel Waterfront di Labuan.

Hotel Waterfront adalah salah satu hotel yang terulung yang paling lama dan pernah dikenali sebagai Waterfront Labuan Financial Hotel.

Selaras dengan peningkatan aktiviti pelancongan di Labuan, permintaan untuk bilik hotel yang berkualiti, kemudahan persidangan dan kedai makan minum semakin meningkat.

Malah aktiviti ekonomi seperti pencarian gas dan minyak, pembinaan kapal serta aktiviti perbankan menunjukkan banyak peningkatan sejak pelancaran ETP tahun lepas.

Sejak 1994, Hotel Waterfront ini telah menerima ramai tetamu yang terdiri daripada pemimpin negara dan kebangsaaan.

Melalui penaiktarafan ini, 94 buah bilik akan dilengkapkan dengan kad sekuriti, televisyen LCD dan sambungan internet dan data di bilik.

Bilik persidangan hotel ini juga akan dinaiktaraf melalui inisiatif ini.