Penduduk orang asal Kemensah minta bekalan elektrik dan air

Penduduk orang asal Kemensah minta bekalan elektrik dan air

Kehidupan orang asal di Kemensah, Hulu Klang seumpama ketinggalan zaman kerana mereka telah berhari tanpa bekalan elektrik dan air sejak 1968, bahkan barangan harian hanya boleh diperolehi sejauh 15km dari kawasan diduduki.

Kehidupan orang asal di Kemensah, Hulu Klang seumpama ketinggalan zaman kerana mereka telah berhari tanpa bekalan elektrik dan air sejak 1968, bahkan barangan harian hanya boleh diperolehi sejauh 15km dari kawasan diduduki.

Kebelakangan ini, tinjauan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asal (JHEOA) dan Tok Batin ke kawasan tersebut lagi mendedahkan bahawa penduduk sekarang berhadapan dengan krisis pencerobohan rumah untuk pembangunan.

Penolong Pembantu JKKK Orang Asal Kemensah, Sabri a/l Ah Hang (kanan), berkata rakyat orang asal difahamkan ahawa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bercadang untuk memansuhkan perkampungan itu melalui Draf Perancangan Penempatan Wawasan 2020.
“Kita telah bangunkan kawasan ini yang dahulu kawasan perhutanan. Pada tahun 2009, kita telah mendapat kediaman rumah daripada pihak Kerajan Negeri Selangor yang sedikit sebanyak telah memberi keselesaan pada kami,” Kata Sabri.

Tambahnya, perkampungan itu sudah wujud sejak tahun 1968. Sekarang ia diduduki oleh 24 buah keluarga yang masih tidak mempunyai pegangan agama (Aties).

Orang asal di sini telah dijanjikan bekalan elektrik oleh Kerajaan Pusat tapi perjanjian itu masih belum ditunaikan.
“Kami rasa sudah terlalu penat menunggu bekalan elektrik. Setiap kali disuarakan kepada JHEOA mereka hanya menyatakan bersabar. Sampai bila kami ingin bersabar sudah bertahun kami menunggunya”.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

“Bayangkanlah keadaan kami terutamanya apabila tibanya waktu malam. Anak-anak kami yang ingin belajar terpaksa dalam keadaan gelap. Mereka belajar bertemankan lampu minyak tanah. Bagaimanakah ibu-ibu disini yang ingin menguruskan anak-anak kecil mereka”.

Untuk mendapatkan bekalan minyak tanah kami terpaksa keluar dari kawasan ini sejauh 15km. Pernah juga bekalan minyak tanah tiada. Sudahlah kami penat berjalan keluar untuk dapatkan minyak tetapi bila pergi, minyak kehabisan pula, ujarnya dengan kesal.

“Walaupun kami tidak mempunyai bekalan elektrik namun anak -anak kami yang bersekolah, pelajaran mereka tidak ketinggalan dan beberapa pelajar disini telah berjaya dalam pelajaran mereka,”

“Begitulah juga bekalan air di kawasan ini begitu sukar untuk diperolehi. Kami terpaksa menggunakan air bukit. Untuk menggunakan air ini kami terpaksa menapiskan air tersebut. Kami tidak tahu sampai bilakah penderitaan kami disini akan berakhir,”

Komunitikini difahamkan bahawa rata-rata kedudukan orang asli di sini mempunyai pendapatan lebih kurang RM350 dengan kutipan hasil hutan dan buru.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

“Untuk mendapat RM500 sebulan bagi kami begitu sukar lebih-lebih lagi apabila tibanya musim hujan,” katanya.

Penduduk di situ berharap agar kawasan ini tidak akan dimansuhkan tetapi dijadikan kawasan penarikan pelancong dan kekal sebagai kawasan tradisi orang asal.

“Kami ingin melihat anak generasi kami menerajui kawsan ini dengan sebaiknya dan tidak dilupuskan daripada mana-mana pihak. Penduduk disini sagat menentang dengan penghapusan kawasan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya Zon 4 Hjh W. Hasrinah W. Hasan berjanji bahawa kawasan ini tidak akan dimansuhkan demi keselasaan orang asal.

“Kerajaan negeri telah mengeluarkan modal untuk membekalkan rumah kepada penduduk tempatan, takkan kami nak buat begitu sekarang,”

“Sesi dialog akan diadakan jikalau sesuatu akan berlaku,” katanya.

Dia berpendapat bahawa khabar angin tersebut mungkin timbul dari pihak politik yang tidak bertangggungjawab.

Hasrinah juga berharap agar kerajaan pusat akan menunaikan janjinya untuk menyediakn bekalan elektrik dan air kepada penduduk orang asal.

Kredit kepada: Pn Khaulah Azwar