100 tan sampah berjaya dikumpul sempena musim perayaan di Kedah

100 tan sampah berjaya dikumpul sempena musim perayaan di Kedah

Setiap kali musim perayaan, masalah sampah tidak dipungut menjadi tajuk perbualan orang ramai terutama penghuni taman-taman perumahan kerana timbunan sampah menjadi busuk mengganggu keselesaan mereka.

Setiap kali musim perayaan, masalah sampah tidak dipungut menjadi tajuk perbualan orang ramai terutama penghuni taman-taman perumahan kerana timbunan sampah menjadi busuk mengganggu keselesaan mereka.

Menyedari masalah itu, Umno bahagian Kuala Kedah melancarkan ‘Operasi Bersih dan Selamat’ di enam buah taman dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan selama enam hari berturut-turut mulai 1 Februari dan berakhir semalam.

Naib Ketua Umno bahagian Datuk Abdul Mutalib Haron berkata kutipan sampah dibuat siang dan malam dalam tempoh itu dan berhasil mengumpul lebih 100 tan sampah.

“Program ini dengan kerjasama Majlis Gabungan Penduduk Taman-taman Sri Ampang, Samudra, Setia, Sinaran, Kantan dan Taman Seri Abadi melambangkan semangat 1Malaysia kerana semua bangsa dan penduduk terbabit,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

See also  Malaysian alumni empower Timor-Leste youth in coral reef conservation

Katanya Umno Kuala Kedah akan menjadikan program ini aktiviti tahunan membabitkan penduduk berbilang kaum bagi membantu menjayakan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sementara itu, penduduk Taman Sinaran, Ng Kim Pok, 35, berkata beliau menyokong program ini yang menurutnya membantu mengeratkan hubungan antara kaum selain kebersihan taman perumahan dapat dikekalkan.

Rakannya, Lim Chong Keat, 40, berkata beliau mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana menganjurkan program kebersihan itu membolehkannya menyambut perayaan Tahun Baru Cina dalam keadaan selesa.

-Bernama