Banjir di Johor: Lebih 27,000 masih di pusat pemindahan

Banjir di Johor: Lebih 27,000 masih di pusat pemindahan

Seramai 27,737 orang daripada 6,680 keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir di empat daerah di Johor sehingga pagi ini.

Seramai 27,737 orang daripada 6,680 keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir di empat daerah di Johor sehingga pagi ini.

Sehingga pukul 8 pagi tadi, kesemua mangsa di daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Ledang itu ditempatkan di 100 pusat pemindahan, demikian menurut portal rasmi kerajaan negeri Johor, www.johordt.gov.my.

Daerah Muar mencatatkan mangsa teramai dengan 10,574 orang daripada 2,633 keluarga, diikuti Batu Pahat (8,775 orang, 1,944 keluarga), Ledang (6,750 orang, 1,698 keluarga) dan Segamat (1,638 orang, 405 keluarga).

Daripada 100 pusat pemindahan yang dibuka, 28 daripadanya adalah di Muar, 37 di Batu Pahat, 16 di Segamat dan 19 di Ledang.

Setakat ini lima orang dilaporkan lemas akibat banjir di Johor.

-Bernama