Pantai Terengganu kian terhakis

Pantai Terengganu kian terhakis

Kerajaan Negeri Terengganu telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjalankan kajian bagi mencari pendekatan atau sistem bersesuaian untuk mengatasi masalah hakisan yang berlaku di beberapa kawasan pantai.

Kerajaan Negeri Terengganu telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjalankan kajian bagi mencari pendekatan atau sistem bersesuaian untuk mengatasi masalah hakisan yang berlaku di beberapa kawasan pantai.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kajian itu penting kerana hakisan yang berlaku terutama di sepanjang pantai Kampung Tok Jembal di sini dan Pantai Teluk Lipat di daerah Dungun adalah agak serius.

“Kita mahu JPS buat kajian mendalam bagi mengatasi masalah yang berlaku. Masalah ini sering terjadi terutama pada musim tengkujuh apabila laluan ombak terhalang oleh benteng pemecah ombak di kawasan projek pembangunan.

“Bila kita halang laluan ombak seperti membina pelabuhan di Cendering, hakisan akan berlaku di kawasan sekitar seperti Rhu Rendang, begitu juga apabila kita buat pelabuhan di Kemaman, hakisan berlaku pula di kawasan Pupuk Semangat dan ia tidak berkesudahan,” katanya.

See also  PHC addresses cable car project approval concerns

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke Kampung Cina di sini sempena sambutan Tahun Baru Cina. Turut mengiringi beliau Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri Toh Chin Yaw dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ahmad berkata kerajaan negeri memantau perkembangan pelajar tajaan Yayasan Terengganu di Mesir melalui laporan Wisma Putra di Putrajaya.

Katanya, kerajaan negeri telah menasihati pelajar-pelajar yang tinggal di rumah sewa supaya berpindah ke Asrama Terengganu di Kaherah dan Mansurah yang masih ada kekosongan.

“Kita nasihatkan mereka supaya jangan terlibat dengan demonstrasi. Mereka hendaklah berada di tempat yang selamat,” katanya.

See also  Coway and EcoKnights join forces for a greener future

Terdapat 247 pelajar Yayasan Terengganu yang sedang mengikuti pengajian Islam dan kedoktoran di Mesir.

-Bernama