Jalanraya Ranau akan dinaiktarafkan

Jalanraya Ranau akan dinaiktarafkan

Penduduk di sekitar daerah Ranau kini mempunyai sebab yang baik untuk berasa gembira kerana jalanraya di beberapa kawasan di daerah tersebut akan dinaiktaraf dan seterusnya memberi keselesaan kepada para pengguna di sana.

Penduduk di sekitar daerah Ranau kini mempunyai sebab yang baik untuk berasa gembira kerana jalanraya di beberapa kawasan di daerah tersebut akan dinaiktaraf dan seterusnya memberi keselesaan kepada para pengguna di sana.

Sumbangan…….Siringan (tiga dari kanan) menyerahkan buah tangannya berbentuk sebuah mesin pemotong rumput kepada pengerusi JKK Atam Jadin sambil disaksikan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Ebin (4 kiri) dan Japirin (kanan sekali) pada majlis itu.

Perkara ini diumumkan oleh Ahli Parlimen Ranau Datuk Siringan Gubat semasa berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di kampong Mohimboyon yang terletak kira-kira 17 kilometer dari pekan Ranau.

Menurutnya lagi, peruntukkan untuk menaiktaraf jalanraya-jalanraya tersebut diperolehi daripada  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk tahun ini.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Siringan berkata, “Antara kawasan-kawasan tersebut termasuklah jalanraya dari kampung Kibbas ke Mohimboyon, jalanraya dari Tenompok Bundu Tuhan ke kampung Himbaan yang akan diteruskan ke kampung Ratau dan Torolobou, jalanraya kampung Lagkau ke kampung Narambai dan jalanraya kampung karanaan ke Nagaya.”

Semua projek yang membabitkan kos tinggi ini merupakan bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) atas keperluan rakyat , khususnya yang tinggal di luar bandar yang masih memerlukan pelbagai jenis pembangunan, katanya sambil menambah bahawa pembinaan jalanraya  terbabit  akan dibuat melalui tender kepada kontraktor-kontraktor yang layak

Dalam majlis itu juga, Siringan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM7 ribu bagi membaiki jalanraya menuju ke dewan mini, perpustakaan dan Tabika kampung tersebut  serta RM8 ribu lagi bagi kerja-kerja memagar sekolah SK Mohimboyon.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Gary Louis Supi