ROS tolak permohonan daftar Victims

ROS tolak permohonan daftar Victims

Penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Pang Chin Fang berkata nama Victims “mengelirukan” dan serupa dengan satu pertubuhan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Sebuah NGO mewakili pemilik unit rumah terbengkalai dengan nama Abandoned Property Owners Malaysia (Victims) telah diminta untuk mengemukakan permohonan pendaftaran pertubuhan baru.

Penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Pang Chin Fang berkata NGO tersebut perlu berbuat demikian kerana permohonannya sebelum ini dengan menggunakan nama Victims telah ditolak pada 1 September lalu.

Pang berkata, keputusan penolakan itu dibuat selepas ahli jawatankuasa ROS mendapati nama persatuan itu “mengelirukan” dan pertubuhan itu juga mempunyai nama dan peranan yang serupa dengan satu pertubuhan didaftarkan sebelum ini.

Katanya, keputusan dibuat mengikut peruntukan bawah Seksyen 73 D1 Akta Pertubuhan.

“Sekiranya mereka tidak berpuas hati di atas penolakan tersebut, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada ROS dalam tempoh sebulan selepas permohonan itu ditolak tetapi agak malangnya ia telah melebihi tempoh rayuan.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

“Sehubungan itu, saya menasihatkan kumpulan itu supaya mengemukakan permohonan pendaftar pertubuhan yang baru,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan yang disuarakan Victims kerana menolak permohonan tersebut.

Pengerusinya Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman berkata ROS menolak permohonan berkenaan walaupun Victims telah memenuhi semua kriteria permohonan yang turut disokong oleh Persatuan Pembeli Rumah.