Penduduk Pelangi Damansara dakwa warga asing punca masalah

Penduduk Pelangi Damansara dakwa warga asing punca masalah

Tindakan segelintir pemilik apartmen Pelangi Damansara menyewakan rumah kepada warga asing mengundang pelbagai masalah kepada penduduk dalam kawasan perumahan tersebut.

 

Tindakan segelintir pemilik apartmen Pelangi Damansara menyewakan rumah kepada warga asing mengundang pelbagai masalah kepada penduduk dalam kawasan perumahan tersebut.

Wakil penduduk Khoo Boon Huat berkata ia berikutan majoriti penghuni apartmen terdiri daripada warga asing sebanyak 70 peratus.

“Sikap lepas tangan pemilik apartmen menyewakan kepada warga asing mengakibatkan kegagalan menyelesaikan bil penyelenggaran air dan servis apartmen blok A mempunyai 19 tingkat menyebabkan ia tertunggak.

“Malah, kami dimaklumkan mendapatkan notis pemotongan daripada syarikat bekalan air dalam minggu ini dianggarkan mencecah RM180,000,” katanya dihubungi Komunitikini hari ini.

Sehubungan itu, Khoo berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri supaya campur tangan dalam masalah dihadapi penduduk.

See also  PHC addresses cable car project approval concerns

“Saya juga sudah memaklumkan kepada wakil rakyat dan akan mengadakan sidang media pada 23 Januari ini,” ujarnya.

Beliau mendakwa warga asing sering buang sampah merata-rata sekali gus penduduk risau keselamatan dan kesihatan terganggu,” dakwanya.

“Selain kebanjiran warga asing, beliau turut mendapati lampu jalan sekitar apartmen itu tidak berfungsi serta paip air rosak tidak ada 30 peratus penyelenggaran,” dakwanya.

Mengulas lanjut masalah dihadapi penduduk, beliau berkata lif apartmen seringkali rosak dalam masa tiga minggu.

“Saya mendapati lampu tangga selalu dicuri dan berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera,” ujarnya.