Surau Al-Falah menerima notis untuk dirobohkan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga sekarang masih tidak memberikan sebarang kata putus tentang proses merobohkan sebuah surau di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur hari khamis lalu.

Surau Al-Falah yang didirikan sejak 1998 itu telah mendapat satu notis daripada DBKL sebulan yang lalu untuk merobohkan surau tersebut sedangkan surau tersebut pernah mendapat bantuan pembinaan daripada DBKL termasuk perbelanjaan mengecat pada dua bulan lalu.

Berikutan penerimaan notis berkenaan, pengerusi surau terbabit, Encik Jasni Abdullah menulis surat pada 16 dan 24 November lalu kepada DBKL memohon agar pihak berkuasa menarik balik notis itu.

Bagaimanapun, setakat hari ini, masih belum menerima sebarang maklum balas daripada DBKL dan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

MORE

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE