Majlis Kecermerlangan diraikan

Majlis Kecermerlangan diraikan

Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra mencatat sejarah mencapai jumlah pelajar 5A.

Bagi 32 orang pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SK-BSP), Majlis Kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah Jumaat lalu (19 November 2010) sangat bermakna buat mereka.

Mereka telah mencatat sejarah sebagai pelajar sulung menduduki peperiksaan UPSR di SK-BSP dan seterusnya meletakkan aras yang tinggi tahun mendatang bagi mencapai jumlah pelajar 5A.

Ini adalah 32 orang pelajar yang telah mencapai keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Mereka telah dianugerahkan dengan pelbagai hadiah daripada sekolah,PIBG dan pemaju Bangi Height Development Sdn Bhd.

Bagaimanapun, bukan hanya mereka sahaja yang diraikan dalam Majlis Kecemerlangan yang pertama kali diadakan ini. Bahkan, pelajar-pelajar cemerlang lain turut diberi pengiktirafan oleh sekolah.

See also  Xsolla Curine Academy and UM join forces in digital innovation

Semua pelajar yang mencapai tahap cemerlang dalam aliran masing-masing telah diraikan dengan kehadiran ibubapa masing-masing.

MORE