Kes denggi di Taman Murni

Kes denggi di Taman Murni

Program gotong-royong mendapat sambutan dingin.

Sebanyak empat kes denggi dilaporkan di kawasan perumahan Taman Murni dekat sini dan ia dipercayai berpunca daripada kebersihan penempatan sekitar yang tidak dijaga.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata, penduduk sekitar perlu mempunyai sikap prihatin terhadap kawasan kediaman dan harus menjaga kebersihan di sekeliling rumah bagi mengelak pembiakan jentik-jentik.

Menurutnya, mereka perlu memastikan tiada lokasi yang boleh menjadi kawasan takungan air supaya pembiakan jentik-jentik tidak berlaku.

“Penduduk juga tidak boleh hanya mengharapkan tindakan daripada pihak bertanggungjawab melakukan semburan semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, kebanyakan program gotong-royong yang dijalankan di kawasan sekitar mendapat sambutan dingin oleh masyarakat.

See also  CAP calls for shorter hours for eateries to combat obesity

“Ini menunjukkan masyarakat tidak peka dengan keselamatan kawasan tempat tinggal mereka,” katanya.

Penduduk, Lai Seo Neo, 68, berkata, dia telah ditahan selama empat hari di hospital selepas doktor mengesahkan dia dijangkiti demam denggi.

MORE