1,000 penduduk hadiri sambutan genap 16 tahun penubuhan RT

1,000 penduduk hadiri sambutan genap 16 tahun penubuhan RT

Kira-kira 1,000 penduduk sekitar kawasan perumahan menghadiri majlis sempena ulang tahun ke 16 Rukun Tetangga (RT) Seksyen 3 Petaling Jaya baru-baru ini.

Kira-kira  1,000 penduduk sekitar kawasan perumahan menghadiri majlis sempena ulang tahun ke 16 Rukun Tetangga (RT) Seksyen 3 Petaling Jaya baru-baru ini.

Pengerusinya, Shamsuddin Hassan berkata majlis rumah terbuka itu diadakan pada sebelah pagi dan malam dikendalikan seramai 20 orang ahli jawatankuasa  kumpulan  tersebut .

Menurutnya, majlis itu  dihadiri wakil rakyat dan pemimpin daripada pelbagai peringkat serta masyarakat setempat tanpa mengira kaum dan peringkat usia  turut sama  meraikan  ulang tahun penubuhannya.

“Sejak kumpulan RT itu ditubuhkan ia telah melaksanakan pelbagai aktiviti antaranya program melibatkan kemasyarakatan,” katanya ditemui Komunitikini.

Mengulas lanjut khidmat masyarakat disediakan RT itu, Shamsuddin berkata, pihaknya menyediakan kabin  beroperasi setiap hari bermula Isnin hingga Sabtu bermula 10 pagi hingga 4 petang untuk memudahkan masyarakat setempat mendapatkan maklumat serta pandangan berkaitan masalah dihadapi.

Menurutnya, majoriti penduduk di kawasan perumahan ini sebanyak 60 peratus berbangsa Melayu manakala 30 peratus Cina dan selebihnya India dengan anggaran sebanyak 425 buah kediaman.

“Malah, kumpulan ini turut mengadakan majlis sempena sambutan hari raya Aidiladha di mana kami menerima sumbangan sebanyak 15 ekor lembu,” ujarnya.