250 pemain sertai Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa

250 pemain sertai Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa

Seramai 250 pemain tenis akan menyertai Kejohanan Terbuka Remaja Antarabangsa Genting-Selangor kelapan bermula hari ini.

Seramai 250 pemain tenis akan menyertai Kejohanan Terbuka Remaja Antarabangsa Genting-Selangor kelapan bermula hari ini.

Kejohanan anjuran Persatuan Tenis Selangor (STA) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu akan diadakan di Kompleks Sukan MBPJ, Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Kelana Jaya dan Kompleks Sukan Astaka Petaling Jaya.

Presiden STA Datuk Abdul Malik Mohd Salleh berkata pada kejohanan lima hari itu, kategori bawah 18 tahun dibatalkan kerana kurang mendapat sambutan disebabkan ramai pemain menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada Selasa.

“Namun, ia tidak menjejaskan jumlah penyertaan pemain kerana pada tahun ini kita menerima penyertaan dalam negeri yang ramai berbanding tahun lepas terutamanya dari Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

See also  IRONMAN 70.3: Desaru Coast to host "Torture Camp"

Hadir sama, ahli majlis MBPJ, Megat Iskandar Megat Ahmad Supian mewakili Datuk Bandar, Datuk Mohamad Roslan Sakiman serta wakil daripada penaja.

Terdapat 11 pemain dari Singapura, Filipina, India dan Indonesia selain 239 pemain tempatan mewakili 11 negeri bersaing dalam empat kategori bagi lelaki dan perempuan iaitu bawah 10 tahun, bawah 12 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun.