Lelaki ditangkap cuba merompak rumah polis

Lelaki ditangkap cuba merompak rumah polis

Dalam kejadian 11.30 malam itu, suspek berusia 47 tahun itu, diberkas oleh pegawai polis wanita berpangkat inspektor

Seorang lelaki ternyata tersilap langkah kerana telah memilih untuk merompak sebuah rumah milik seorang anggota polis di Taman Cahaya, Kuala Lipis, malam tadi.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, suspek berusia 47 tahun itu, diberkas oleh pegawai polis wanita berpangkat inspektor.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata ketika kejadian pegawai polis berusia 28 tahun itu bersendirian di rumah dan sedang menonton televisyen.

“Suspek yang masuk menerusi tingkap bilik tidur dan melarikan diri apabila menyedari pegawai polis berkenaan berada di rumah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pegawai berkenaan kemudiannya berjaya memberkas lelaki berkenaan.

-Bernama