Masyarakat dipelawa sertai program GeMS Sabtu ini

Masyarakat dipelawa sertai program GeMS Sabtu ini

Antara program serta aktiviti akan diadakan majlis dialog, jom kerja, pameran dan pemeriksaan kesihatan daripada agensi dan jabatan.

Kerajaan Selangor akan menganjurkan program jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 27 November ini.

Program yang dijadualkan berlangsung jam 9 pagi hingga 11 malam akan diadakan bertempat di dataran bandar baru Selayang berhampiran dengan stadium tersebut.

Antara program serta aktiviti akan diadakan majlis dialog, jom kerja, pameran dan pemeriksaan kesihatan daripada agensi dan jabatan.

Malah, acara lain turut diadakan seperti street soccer, bola keranjang, bicara remaja diwakili oleh GeMS, jejak ilmuan dan tempatan.

Program itu akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali sekitar jam 3.30 petang hingga 5 petang.

See also  Malaysian sensation Lingling set to capture hearts in K-Pop's I-LAND 2

Selain itu, turut diadakan pertandingan motosikal tercantik, persembahan pentas di mana acara akhir penutup tirai pada sebelah malam adalah konsert amal.

Konsert itu akan membariskan beberapa tokoh dan artis terkenal seperti Amy Search, serta kumpulan nasyid As Saufee.

Orang ramai khususnya masyarakat setempat dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut.