4 juta beg plastik berjaya diselamatkan

4 juta beg plastik berjaya diselamatkan

Sebanyak 74 pasaraya dan peruncit seluruh Selangor telah menyertai Kempen Hari Tanpa Beg Plastik ini, ujar jawatankuasa tetap pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar.

Sebanyak 74 pasaraya dan peruncit seluruh Selangor telah menyertai Kempen Hari Tanpa Beg Plastik ini, ujar jawatankuasa tetap pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar.

Pengerusinya, Elizabeth Wong berkata lebih dari 4 juta beg plastik berjaya diselamatkan hasil daripada kempen ini dan maklumat yang didapati mengenai jumlah hasil kutipan caj 20 sen adalah lebih dari RM220,000, pada bulan Oktober.

Menurutnya, sehingga bulan Jun, satu kajian rawak yang dijalankan oleh Merdeka Centre, lebih kurang 83.6 peratus pengguna menyokong tindakan kerajaan Selangor untuk menjalankan kempen Hari Tanpa Beg Plastik setiap hari Sabtu.

“Oleh demikian kerajaan negeri kini akan menambahkan sekurang-kurangnya satu hari kepada kempen ini.

“Tambahan juga, kami telah menerima maklumat bahawa kerajaan Kementerian Perdagangan Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan turut menyertai secara besar-besaran kempen hari tanpa beg plastik mulai 1 Januari 2011,” ujarnya menerusi satu kenyataan media.

See also  TTDI Edible Community Garden: A thriving oasis of sustainability and community spirit

Elizabeth yang juga exco kerajaan negeri berkata, hasil kutipan caj 20 sen yang dikenakan bagi setiap beg plastik pada hari Sabtu oleh pasaraya-pasaraya yang terlibat dalam kempen ini akan disalurkan kepada program-program khidmat masyarakat yang berkenaan, persatuan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar serta badan-badan kebajikan yang dipilih dan bukan untuk kegunaan pasaraya itu sendiri.

Sebagai contoh, antara program-program alam sekitar yang dapat atau bakal dijalankan oleh pasaraya-pasaraya hasil kutipan caj 20 sen yang diperoleh adalah :

Ikano Sdn Bhd (IKEA)
Digunakan untuk penanaman 800 pokok-pokok bakau di Taman Alam Kuala Selangor

AEON Jusco
Program penanaman pokok yang telah dijalankan di beberapa tapak di Selangor seperti Kuala Selangor

See also  SAM challenges approval of Penang Hill cable car project

99 Speedmart Sdn Bhd
Disalurkan kepada Global Environment Centre (GEC)

Parkson Corporation Sdn Bhd
Disalurkan kepada penjagaan taman-taman, iaitu Laman Beringin Selayang, Taman Permainan Kanak kanak Majlis Perbandaran Kajang, Taman Bandaran Kelana Jaya. Kutipan juga disalurkan kepada program Educare yang membantu pelajar-pelajar miskin.

7-Eleven Malaysia Sdn Bhd
Program komuniti 7-e, dimana dana disalurkan kepada program-program yang menyokong perlindungan alam sekitar

KK Supermart
Disalurkan kepada BB Charity Society