Model terbaru proton Inspira dilancarkan

Model terbaru proton Inspira dilancarkan

Inspira telah menerima sebanyak 800 tempahan seluruh negara sejak pelancaran awal pada 14 Oktober dan menyaksikan 100 tempahan setiap hari, ujar Proton Holdings Bhd.

Proton Inspira baru dilancarkan setakat ini telah menerima 1,800 tempahan seluruh negara sejak pelancaran awal pada 14 Oktober dan menyaksikan 100 tempahan setiap hari, ujar Proton Holdings Bhd.

Berucap di majlis pelancaran Inspira pagi tadi, pengarah urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata Proton sedang merancang mengeksport komponen Inspira tahun depan.

Inspira, model terbaru Proton ialah model sedan bersaiz sederhana empat pintu yang diperkenalkan bagi mengukuhkan dan meningkatkan segmen atasan yang ditawarkan dalam rangkaian model-model Proton.

Syed Zainal berkata Mitsubishi Motor Corporation telah komited untuk membeli komponen yang dihasilkan di Malaysia untuk tujuan dieksportkan ke negara-negara lain, terutamanya Thailand, untuk model-model Mitsubishinya.

“Eksport komponen Inspira akan bermula tahun depan. Kami kini dalam perbincangan akhir mengenai perkara ini dan juga berbincang bagaimana untuk mengeksport model ini ke luar negara,” katanya.

See also  Naza unveils special edition Suzuki Jimny variants

Hadir sama, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Proton telah mengurangkan harga model-model Inspira sambil mendakwa ia adalah hasil daripada penjimatan kos pengeluaran. Syarikat turut menegaskan yang kenderaan itu adalah hasil daripada kerjasama pengeluaran peralatan asli dengan Mitsubishi Motor, dan bukannya “rebadging”.

Model transmisi manual 1.8 pada mulanya berharga RM79,888 pada majlis pelancaran awal bulan lepas tetapi sekarang telah dikurangkan kepada RM78,999.

Model auto 1.8 liter pula bermula pada harga RM87,000 dan telah diturunkan kepada RM84,999 bersama-sama dengan model auto 2 liter yang menyaksikan penurunan kepada RM91,999 daripada RM94,000 sebelumnya.

Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata Proton menurunkan harga-harga ekoran penjimatan kos daripada model-model yang dihasilkan di kilang yang sama dengan Exora.

See also  Chery Tiggo 7 Pro set to shake up Malaysian SUV market

Syed Zainal turut mempertahankan kerjasama Proton dengan Mitsubishi Motor dalam menghasilkan Inspira sambil menyatakan ia merupakan amalan industri.

“Kerjasama adalah satu norma dan memperlihatkan yang Proton fleksibel sepenuhnya. Pintu sentiasa terbuka kepada para pengeluar kelengkapan asli yang lain,” tambah beliau.

Syed Zainal berkata Proton telah mensasar untuk meningkatkan komponen tempatan dalam Inspira kepada 60 peratus dalam tempoh setahun daripada 40 peratus pada masa ini.

Sama ada Proton akan terus mengurangkan harga jualan Inspira jika kenderaan itu mencapai 60 peratus dalam komponen tempatan, menurutnya, masih terlalu awal untuk menyatakannya.