Program `Indie YOUTH Community`

Program `Indie YOUTH Community`

Ayuh nyatakan sokongan anda dan mari sama-sama terlibat dengan Program “Indie YOUTH Community” sekali gus mencipta rekod perhimpunan terbesar di negara ini.

Siapa mahu terlibat ayuh nyatakan sokongan anda dan mari sama-sama terlibat dengan Program “Indie YOUTH Community” dijangka akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali gus mencipta rekod perhimpunan “Indie YOUTH Community” terbesar di negara ini.

Satu mesyuarat akan diadakan dengan dipengerusikan sendiri oleh Nazif Najib merupakan anak kepada Perdana Menteri yang telah mencadangkan mengenai idea ini.

Dijangka akan diadakan perhimpunan dan pelancaran “Indie Youth Community” bersama Perdana Menteri pada tarikh 1 atau 2 Januari 2011 )

Jika anda rasa anda komunitinya, dari jauh ceruk mana pun anda silalah tarikh tersebut dan hadir.

Penginapan di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara dan Puchong disediakan termasuk pengangkutan dari sana ke Putrajaya.

See also  klpac 2024: Tributes & cultural delights await

Juga ruang untuk backpackers dan camping di Putrajaya juga akan cuba diusahakan.

Antara aktiviti serta program yang akan dilaksanakan ialah festival bola sepak jalanan 24 jam selama 3 hari berturut-turut, `YOUTH Square` dan `LORONG Seni`.

Tarikh: 30 Disember 2010, 1 & 2 Januari 2011
Tempat: Menara KBS, Presint 4, Putrajaya.

Lorong Seni @ Youth Square!

Tidak kira anda perjuangkan secara indie :

Seni Sastera Puisi,
Teater,
Zine,
Seni Visual,
Fotografi
Videografi
Seni Halus,
Sastera Ilmiah,
Filem Pendek,
Filem Penuh
Indie Band, Solo, SIngerSongWriter (tak kira apa genre! )

Mari hadir dan nyatakan sokongan dan semangat anda yang positif kepada Perdana Menteri kita dan sahkan kehadiran anda beramai-beramai.

See also  IKAT 2.0: Immersive batik experience arrives in Penang

Ayuh ke Putrajaya dan cipta Record Malaysia : INDIE YOUTH COMMUNITY!