Piala Emas Raja-Raja tahun 2010

Piala Emas Raja-Raja tahun 2010

Peminat bolasepak negara ini dipelawa untuk memberi sokongan kepada 16 pasukan bola sepak tempatan bakal berentap keesokan harinya.

Peminat bolasepak  negara ini dipelawa untuk memberi sokongan kepada 16 pasukan bola sepak tempatan bakal berentap pada  piala Emas Raja-Raja 2010 dijadualkan berlangsung esok.

Komunitikini difahamkan, 16 pasukan bakal merancakkan kejohanan Puncak Piala Emas Raja-Raja musim ini selepas Mesyuarat Majlis Persatuan yang bersidang 8 ogos lalu telah mengumumkan senarai kesemua pasukan yang bakal bertanding pada edisi ke-70 kali ini.

Cabaran awal diperingkat kumpulan akan bermula dari 5 hingga 7 November 2010, sementara peringkat suku akhir secara timbal balik pada 13 dan 20 November 2010.

Peringkat separuh akhir juga secara timbal balik akan diadakan pada 27 November dan 4 Disember 2010, manakala perlawanan akhir dijadualkan 18 Disember 2010.

Pada perlawanan akhir tahun lalu antara Kedah menentang Perlis di Stadium Darul Aman, Kedah telah mencatatkan sejarah pertandingan apabila lebih 45,000 penonton membanjiri stadium tersebut dengan Perlis ditabalkan juara Piala Emas Raja-Raja 2009.