S’gor tubuh tabung pulihkan rumah murah

S’gor tubuh tabung pulihkan rumah murah

Kerajaan Selangor merumuskan beberapa pendekatan utama untuk diberi perhatian serius bagi mengatasi masalah penduduk kediaman bertingkat pada masa hadapan, antaranya melalui Tabung Pemulihan Perumahan Rumah Kos Rendah (RKR).

Kerajaan Selangor merumuskan beberapa pendekatan utama untuk diberi perhatian serius bagi mengatasi masalah penduduk kediaman bertingkat pada masa hadapan, antaranya melalui Tabung Pemulihan Perumahan Rumah Kos Rendah (RKR).

Pengerusi jawatankuasa tetap, pengurusan bangunan dan setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata antara rumusan diperolehi itu bagi memastikan penduduk mendiami kediaman itu dapat hidup dengan selesa dan selamat.

Menurutnya, tabung ini akan digunakan untuk membaiki perkara asas seperti kerja penyelenggaran membaikpulih lif di mana dana tersebut akan diperolehi daripada pelbagai sumber.

Bagaimanapun, tambahnya, perkara itu masih dalam peringkat kajian.

“Saya akan meminta Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk menyediakan kertas kerja berkaitan dengan tabung pemulihan ini untuk dimasukkan ke dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES),” katanya ketika berucap dalam Program Perhimpunan Perdana Badan Pengurusan Bersama Selangor di Shah Alam.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Program yang julung kalinya diadakan itu menghimpunkan lebih kurang 2000 perwakilan daripada 910 JMB seluruh daerah Selangor.

Hadir sama, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar dan Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Mohd Zainal Mohd Nor.

Dalam usaha membaikpulih kemudahan asas kediaman bertingkat, tambahnya, kerajaan negeri telah membelanjakan RM1.6 juta bagi kerja penyelenggaran lif di tiga kawasan terpilih.

“Pemilihan ini adalah berdasarkan masalah yang dihadapi oleh penduduk tersebut berada di tahap kritikal,” katanya.

“Selain itu, pihaknya akan menubuhkan Kelab Interaktif (KliK) melibatkan penyertaan golongan remaja memastikan kumpulan sasaran ini dapat membantu memastikan kediaman yang diduduki mereka selamat dan selesa,” ujar Iskandar.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Sementara itu, Iskandar yang juga ADUN Chempaka berkata, kerajaan negeri akan menambahkan bilangan pegawai bagi membantu Pesuruhjaya Bangunan (COB) seluruh  12 Pihak Berkuasa tempatan (PBT) di negeri Selangor.

Penstrukturan semula COB, jelasnya, ekoran kerajaan negeri mengambil kira tugas dalam Unit Pesuruhjaya Bangunan yang berat.

“Penstrukturan ini melibatkan semua unit COB Pihak Berkuasa tempatan (PBT) Selangor dengan anggaran belanjawan RM8 juta setahun,” ujarnya.