MB S`gor rasmi program pecah tanah Bukit Botak Sabtu ini

MB S`gor rasmi program pecah tanah Bukit Botak Sabtu ini

Upacara pecah tanah projek pembinaan rumah teres itu bakal menempatkan 1400 penduduk setelah terbengkalai selama 20 tahun akibat kegagalan pemaju yang dilantik.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan merasmikan program pecah tanah pembinaan rumah teres melibatkan 1400 penduduk setinggan kawasan Bukit Botak, Selayang pada 30 Oktober ini.

Pengurus khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer, Mohd Kassim Packiry berkata, upacara program pecah tanah itu dijadualkan berlangsung jam 9 pagi.

Menurutnya, dijangkakan pihak pemaju akan melaksanakan kerja pembinaan kemudahan infrastruktur dan sistem pembentungan dalam tempoh enam bulan manakala pembinaan rumah teres itu mengambil tempoh selama setahun.

“Dianggarkan harga rumah teres ditawarkan kepada pembeli berjumlah RM99,000 setelah mengambil kira bayaran pampasan pengambilan tanah mengikut keluasan setiap kawasan,” katanya dihubungi Komunitikini, pagi tadi.

Terdahulu, pada 17 Jun lalu, portal berita ini melaporkan satu taklimat telah diadakan oleh Kerajaan Selangor berkenaan dengan status bayaran pampasan kepada penduduk Bukit Botak berikutan mengenai pengambilalihan tanah bagi menjayakan projek perumahan di kawasan itu secara menyeluruh.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Taklimat itu diketuai Menteri Besar Selangor diadakan bertujuan untuk mendapat komitmen penduduk Bukit Botak dalam menjayakan projek yang telah terbengkalai selama 20 tahun akibat kegagalan pemaju yang dilantik.

Taklimat ini diadakan di Pejabat Daerah Gombak, turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Pegawai Daerah Gombak, Ahmad Zahrin Mohd Saad, wakil Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Bagi tanah keluasan 205 meter persegi, pampasan adalah sebanyak RM12,300. Bagi tanah keluasan 672 meter persegi, pampasan adalah sebanyak RM40,320. Pampasan ini diserap sebagai kos pembangunan rumah yang ditetapkan sebanyak RM12,300 seunit dan selebihnya dijadikan deposit rumah.

Seterusnya, wakil penduduk juga diberitahu harga rumah kekal seperti yang ditawarkan sebelum ini mengikut keluasan tanah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan projek tersebut.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Penduduk yang memiliki tanah seluas 205 meter, harga rumah yang ditawarkan berharga RM99,000 seunit dan pemilik tanah seluas 672 meter persegi, rumah ditawarkan dengan harga RM70,980 seunit.

Kesemua harga ini selepas ditolak dari wang pampasan yang patut mereka terima akan diserapkan dalam kos pembangunan dan selebihnya dijadikan deposit rumah. Ini bermakna, penduduk tidak perlu mengeluarkan wang pendahuluan untuk memiliki rumah.

Bagi penduduk yang tidak mempunyai hak milik atau tidak pernah membayar premium tanah, mereka perlu membeli rumah ini pada harga RM111,300 seunit.