2,000 penduduk Bandar Tasik Puteri berarak serah memorandum kepada pemaju

2,000 penduduk Bandar Tasik Puteri berarak serah memorandum kepada pemaju

Penduduk menuntut janji yang gagal dikotakan pemaju perumahan sejak 10 tahun lalu berhubung pembinaan lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (KLKS), awal pagi ini.

Dalam tempoh tidak sampai 24 jam,  lebih kurang 2,000 penduduk Bandar Tasik Puteri dijangka akan berhimpun awal pagi ini serta mengadakan demonstrasi secara aman menuntut janji yang dikemukakan oleh syarikat pemaju perumahan sejak 10 tahun lalu.

Penduduk mendakwa sehingga kini syarikat pemaju tersebut gagal mengotakan janji  melaksanakan kerja-kerja  pembinaan lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (KLKS)  menjadi akses utama  menghubungkan kawasan perumahan mereka.

Susulan itu, Ahli jawatankuasa badan bertindak KLKS, Norazman Samsudin berkata, penduduk akan berkumpul sekitar jam 11 pagi di Dataran Puteri Central Park dan mula berarak setengah jam kemudian bagi menyerahkan memorandum tuntutan kepada pihak pemaju.

Menurutnya, jawatankuasa badan bertindak  akan menyediakan lima buah khemah kepada  penduduk yang hadir.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Mengulas lanjut demonstrasi itu, jelasnya, penduduk Bandar Tasik Puteri (BTP) menuntut pemaju AP Land membina laluan susur keluar `exit`  yang menghubungkan kawasan perumahan itu ke lebuh raya KLKS.

“Sebelum ini penduduk telah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pemaju tetapi menemui jalan buntu,” katanya dihubungi Komunitikini.

Sehubungan itu, Nirazman berkata, penduduk BTP bersepakat mengadakan demonstrasi aman serta menyerahkan memorandum tuntutan kepada wakil pemaju.

“Penduduk mahu pemaju mengotakan janji semasa penduduk menandatangani pembelian rumah sejak 10 tahun lalu.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus, ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Keen wakil agensi kerajaan dan  ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan turut hadir,” ujarnya.

See also  Malaysians overwhelmingly support end to single-use plastics