Penduduk PJ perlu perangi denggi habis-habisan

Penduduk PJ perlu perangi denggi habis-habisan

Penduduk apartment Mentari Court perlu mengikis sikap sambil lewa membuang sampah merata dalam usaha memastikan tiada penyakit berjangkit merbahaya tinggal bersama di kawasan perumahan mereka.

Penduduk sekitar Petaling Jaya perlu mengikis sikap sambil lewa membuang sampah merata dalam usaha memastikan tiada penyakit berjangkit merbahaya ‘tinggal bersama’ di kawasan perumahan mereka.

Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Zon 24, Halimey Abu Bakar berkata, berdasarkan hasil daripada kaji selidik yang dilakukan olehnya sendiri telah menyaksikan bahawa rata-ratanya masyarakat hari ini mengambil sikap sambil lewa dalam usaha memerangi nyamuk aedes.

Menurutnya ini kerana penduduk beranggapan menghapuskan nyamuk aedes adalah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan diri sendiri.

”Dalam hal ini kami sudah buat apa yang termampu selain mengiklankan cara-cara memerangi nyamuk aedes di samping merangka pelbagai program dalam usaha menyedarkan masyarakat bahawa penyakit yang dibawa oleh nyamuk aedes adalah merbahaya.

”Sekarang adalah masanya untuk kita sama-sama memerangi pembiakan nyamuk aedes dan ini memerlukan kita semua bersatu padu untuk menangani masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi bersepadu memerangi wabak denggi di Petaling Jaya, awal pagi tadi.

See also  Alpro Pharmacy & TCI Gene partner for genetic testing

Halimey (kiri) bersama Mohd Shaharuddin

Halimey yang juga Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata, beliau dimaklumkan kes denggi di Mentari Court mencatatkan peningkatan tinggi sebanyak 47 kes dilaporan dari januari sehingga September tahun ini

Justeru itu, tambahnya, hari ini kami membuat pemeriksaan bagi mengenalpasti tahap kebersihan memandangkan laporan diterima mencatatkan peningkatan denggi di kawasan perumahan ini.

Selain itu, beliau turut menasihatkan pihak pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartment memainkan peranan penting bagi mengelakkan peningkatan kes denggi pada masa hadapan.

Operasi itu disertai lebih kurang 30 anggota penguatkuasaan jabatan kesihatan persekitaran PBT bermula jam 9 pagi dan berakhir 11 pagi.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Kesihatan MBPJ, Mohd Shaharuddin Hashim berkata pihaknya melakukan pemeriksaan kerap di kawasan panas dikenalpasti di daerah Petaling Jaya.

Sepanjang pemeriksaan, beliau mendapati tiada masalah yang timbul daripada segi perkhidmatan kontraktor penyelenggaran dan bahan pepejal, Alam Flora Sdn Bhd.

See also  Alpro Pharmacy & TCI Gene partner for genetic testing

Menurutnya, pihak kontraktor syarikat terbabit melaksanakan kutip sampah mengikut jadual yang disediakan.

“Tetapi kami mendapati faktor utama wabak penyakit seperti denggi berpunca daripada sampah pukal dilonggokan daripada luar tong sampah yang disediakan.

Sehingga kini pihaknya telah berjaya mengutip denda kompaun bagi kesalahan denggi seluruh Petaling Jaya melibatkan kawasan perumahan dan premis syarikat yang dianggarkan berjumlah RM26,000 bermula daripada awal Januari sehingga September ini .

Mohd Shaharuddin berkata, pihaknya berjaya mengesan tiga pembiakan jentik-jentik di dalam kawasan air bertakung dalam tayar lori yang terbiar di luar apartment.

“Selain itu, kami turut melakukan pemeriksaan ke atas kereta usang dan terbiar sekitar perkarangan apartment serta melakukan tangkapan beberapa ekor anjing terbiar yang dikesan tidak mempunyai lesen sekitar kawasan perumahan,” ujarnya.