Penantian pembeli rumah Lestari dan Saujana Puchong berakhir November ini

Penantian pembeli rumah Lestari dan Saujana Puchong berakhir November ini

Penantian pembeli rumah Lestari dan Saujana Puchong akan berakhir selewat-lewatnya akhir November ini, kata Exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan negeri Selangor.

Penantian pembeli rumah Lestari dan Saujana Puchong akan berakhir selewat-lewatnya akhir November ini, kata Exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan negeri Selangor.

Iskandar berkata, kunci-kunci tersebut akan diserahkan kepada pemilik sebelum akhir tahun ini.

Menurutnya, kedua-dua projek ini adalah di antara projek rumah terbengkalai yang di pantau secara dekat oleh Pasukan Khas Projek Terbengkalai Exco.

“Satu mesyuarat telah diadakan pada 12 Oktober lepas untuk menyelesaikan masalah projek  terbengkalai 66 unit rumah teres 2 tingkat dan 209 unit rumah teres 2 tingkat di Lestari Puchong termasuk 80 unit rumah teres 1 tingkat dan 112 rumah teres 2 tingkat di Saujana Puchong,” katanya menerusi satu kenyataan media.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Iskandar berkata, mesyuarat tersebut telah dipengerusikan olehnya dihadiri oleh wakil-wakil Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Majlis Perbandaraan Subang Jaya (MPSJ), Suruhanjaya Perkhidmatran Air Negara (SPAN), SYABAS, pemaju dan para pembeli.

Tambahnya, kemajuan fizikal pemajuan ini telah mencapai 100 peratus dan hanya menunggu kelulusan dan keputusan SYABAS sebelum mendapat sijil layak menduduki (CF).

Justeru itu, pihak Syabas akan membincangkan perkara ini pada Jawatankuasa Perancangan (JKP) mereka pada 15 Oktober ini di mana satu pemeriksaan akan dilakukan 18 dan 20 Oktober depan.

“Pasukan ini telah bertindak sebagai fasilitator untuk memastikan projek-projek yang dipantau berjalan dengan lancar,” ujarnya.