Piala Sultan Selangor: Penentuan milik Selangor atau Singapura malam Sabtu ini

Piala Sultan Selangor: Penentuan milik Selangor atau Singapura malam Sabtu ini

Rakyat Selangor khususnya peminat bola sepak `Red Giant` dipelawa menyaksikan kejohanan bola sepak berprestij bagi merebut Piala Sultan Selangor pada 16 Oktober di Stadium Shah Alam.

Presiden Kelab Sukan dan Kebudayaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ismathinoon Abdul Rahman berkata, kejohanan yang diadakan empat tahun sekali itu bakal mempertemukan dua musuh tradisi utama  membabitkan pasukan Selangor dan pasukan Singapura yang begitu sinonim dengan jolokan seberang tambak Johor.

Menurutnya, penonton akan disajikan dengan tirai perlawanan pembukaan antara veteran Selangor dan veteran Singapura bermula jam 8 malam.

“Acara kemuncak kejohanan itu akan bermula tepat jam 9 malam dengan menyaksikan pertembungan hebat antara pilihan Selangor dan pilihan Singapura bagi merebut piala berprestij itu,” katanya kepada Komunitikini pada majlis penyerahan tiket percuma perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor,  petang tadi.

See also  Le Tour de Langkawi unveils revamped route for 2024

Difahamkan, edisi kesembilan Piala Sultan Selangor kembali lagi dalam kejohanan yang menemukan dua gergasi bola sepak iaitu Selangor dan Singapura.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menerima sumbangan pada majlis penyerahan cek sumbangan di Shah Alam.

Kejohanan Piala Sultan Selangor ditaja Benalac Sdn Bhd, Syabas Berhad, Permodalan Negeri Selangor Berhad(PNSB), Taliworks Corporation Berhad,Splash dan Sunway Group.

Hadir sama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Ismathinoon berkata, pasukan veteran Selangor akan menurunkan jagoan bola sepak terkenal era 80an antaranya Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh manakala veteran Singapura diperkuatkan dengan barisan pemain seperti Fandi Ahmad, Malek Awab dan V Sundramoorthy.

See also  Former karate champ R. Sharmendran leads national squad

Mengulas lanjut perlawanan tumpuan antara pilihan Selangor dan pilihan Singapura, tambahnya, sudah semestinya jurulatih K Devan akan menurunkan kesebelasan utama untuk cuba merobek pintu gawang pasukan Singapura itu.

Katanya, seawal jam 6 petang, penonton akan disajikan dengan cabutan bertuah serta persembahan daripada penyanyi terkemuka vokalis kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam, Jamal Abdillah dan Francesa Peters.

“Saya berharap penyokong `Red Giant` tidak melepas peluang menyaksikan perlawanan ini di mana saya difahamkan tiket-tiket dijual dengan harga RM5 sahaja,” ujarnya.