Rumah Titian Kasih perlukan sokongan konsisten

Tune Group staff presenting cash donation and goodies to residents of Rumah Titian Kasih 2

Rumah Titian Kasih berharap badan-badan korporat serta orang perseorangan tampil  untuk memberikan sokongan yang konsisten kepada aktiviti perniagaan yang dijalankan secara berkala atau bulanan bagi membantu menampung perbelanjaan bulanannya yang mencecah kira-kira RM30,000.

Pengetua Rumah Titian Kasih Sharifah Adlan berkata, rumah yang menempatkan anak-anak yatim dan terbiar serta ibu tunggal itu amat bersyukur dan berbesar hati di atas sumbangan yang diberikan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menurutnya, namun hakikatnya rumah tersebut masih memerlukan sokongan  sepanjang tahun tanpa mengira musim di mana ibu-ibu tunggal yang menghuni Rumah Titian Kasih telah banyak membantu beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi membolehkan mereka untuk terus hidup berdikari.

Tambahnya antaranya perniagaan kecil-kecil termasuklah penyediaan makanan dan katering, pembuatan kuih tradisional, aksesori wanita, menjual pakaian terpakai serta perkhidmatan mencuci pakaian.

“Selain daripada sumbangan tunai dan barangan, saya berharap orang ramai diluar sana sudi memberikan sokongan terhadap aktiviti perniagaan yang kami usahakan bagi memastikan kami mendapat aliran pendapatan yang stabil dan berterusan,” katanya kepada wakil kakitangan syarikat Tune Group yang melawat rumah tersebut baru-baru ini.

Angie Chee of KLEC with a girrl at Rumah Titian Kasih

Angie Chee wakil daripada KLEC bersama salah seorang kanak-kanak Rumah Titian Kasih

Pada majlis itu, kakitangan Tune Group menyumbangkan sejumlah RM2,012  yang berjaya dikutip semasa majlis berbuka puasa termasuk menyalurkan pelbagai barangan dan hadiah kepada penghuni Rumah Titian Kasih.

Dalam perkembangan lain, wakil kakitangan dari Tune Group of Companies termasuk Tune Hotels, Tune Talk, Tune Money, Kuala Lumpur Education City (KLEC), Lotus Racing dan Asean Basketball League sempat meluangkan masa kira-kira satu jam bersama penghuni-penghuni Rumah Titian Kasih yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa.

Noor Zaitul Akmar Ismail of Tune Talk entertaining a girl at Rumah Titian Kasih

Salah seorang kakitangan Tune Group sedang bergurau senda dengan kanak-kanak Rumah Titian Kasih

Difahamkan, Rumah Titian Kasih yang diasaskan oleh Sharifah pada tahun 1998 itu mempunyai 85 penghuni yang terdiri daripada 20 ibu tunggal, 51 kanak-kanak, 12 orang kurang upaya and 2 warga emas.

Children at Rumah Titian Kasih (1)

Untuk menyampaikan derma dan sumbangan atau menempah barangan atau perkhidmatan dari Rumah Titian Kasih, para dermawan boleh menghubungi Sharifah di talian 019-6455769. Derma tunai boleh dimasukkan secara terus ke akaun Maybank bernombor 564061002172 atas nama Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kaseh Kuala Lumpur.

Rumah Titian Kasih terletak di 62A-2 Lorong Maran, Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut mengenai Rumah Titian Kaseh berserta aktiviti perniagaan dan perkhidmatannya boleh didapati di laman blog www.rumahtitiankasih.blogspot.com.