Seramai 54 peserta sekitar PJ sertai pertandingan Tanglung

Seramai 54 peserta sekitar PJ sertai pertandingan Tanglung

Seramai 54 peserta tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan ciptaan Tanglung dengan pelbagai bentuk serta corak yang berwarna warni dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.

Malah, kemeriahan sambutan Pesta Tanglung dengan persembahan jalanan ternyata menarik perhatian pengunjung setempat.

Penolong Pengawai Jabatan Perancangan Pembangunan Bandar MBPJ, Khairul Nisa Haron berkata pertandingan itu merupakan salah satu aktiviti yang diadakan berasaskan kepada simbol pengenalan Perayaan Kuih Bulan.

Menurutnya, pengunjung yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada individu perseorangan dan berkumpulan sekitar kawasan Petaling Jaya, Jinjang dan Rawang.

“Sambutan perayaan Kuih Bulan bertujuan mewujudkan satu forum interaksi antara semua kaum di samping memperkenalkan kebudayaan dan adat istiadat kaum Cina kepada masyarakat,” katanya yang juga merupakan penyelaras Local Agenda 21 Petaling Jaya,” katanya.

See also  Gelly Wee: Bridal bliss with record-breaking event

Mengulas lanjut mengenai program tersebut, Khairul Nisa berkata ia bagi mengeratkan hubungan perasaan prihatin kepada mereka yang kurang bernasib baik serta mesra alam selaras dengan konsep Local Agenda 21.

“ Pelbagai program menarik disediakan antaranya ialah pertandingan melukis, mewarna, persembahan orchestra serta tarian tradisional Cina, seni akrobatik.

“ Dalam pertandingan mencipta Tanglung yang menggambarkan Perayaan Hari Kuih Bulan ganjaran akan diberikan kepada pencipta yang menerapkan konsep 1Malaysia dalam hasil ciptaan mereka,” ujarnya.

Selain itu, Khairul Nisa berkata agensi penguatkuasaan itu turut memberikan hadiah khas kepada peserta yang menyertai perarakan tersebut.

“Peserta yang menyertai pertandingan akan dihakimi berdasarkan kepada pakaian, peralatan dan kelengkapan diri, perkakas dan lain kelengkapan samada secara individu, keluarga ataupun berpasukan yang menggambarkan keunikan Malaysia.

See also  IKAT 2.0: Immersive batik experience arrives in Penang

“Peserta yang menampilkan ciri-ciri kebudayaan, kesenian, tradisi atau kemodenan masyarakat majmuk negara ini berpeluang untuk memenangi pertandingan ini,” tambahnya.