Pesta Tanglung eratkan hubungan pemimpin dan masyarakat

Pesta Tanglung eratkan hubungan pemimpin dan masyarakat

Pesta Angpow atau dikenali sebagai kuih bulan merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Tionghua serta turut diraikan oleh segenap lapisan masyarakat majmuk di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali berkata, perayaan ini sudah menjadi budaya kaum cina dengan meraikan pesta tanglung setiap tahun tanpa mengira umur dan fahaman politik.

Menurutnya pada setiap kali sambutan pesta Tanglung  kaum Tionghua di Sri Gombak turut diraikan  bersama pemimpin kesayangan mereka dengan begitu meriah sekali dihadiri oleh wakil rakyat serta  pemimpin Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Mengulas lanjut mengenai penganjuran sambutan pesta tanglung, beliau mendapati  rakyat begitu gembira apabila pemimpin  mereka turut sama menyertai majlis ini.

See also  Sime Darby Property launches Jom Raya campaign for sustainable celebrations

“Ini adalah satu perkara yang baik kerana di sini hubungan antara pimpinan dan rakyat terjalin,” katanya.

Selain itu, jelasnya lagi  sebagai pimpinan juga  kita berpeluang mendengar masalah rakyat apabila menghadirkan diri  pada setiap program yang dianjurkan  di peringkat Kerajaan Negeri mahupun di Dewan Undangan Negeri (DUN) serta parlimen.

“Dengan kehadiran pemimpin pesta tanglung ini bukan sahaja  terjalinnya ukhwah antara masyarakat tetapi secara tidak langsung  kita dapat mempelajari budaya dan adat sambutan perayaan kaum lain yang terdapat di negara ini,”  katanya.

Sumber : Khaulah Azwar