Jawatankuasa bertindak penduduk Kg Papan serah memorandum di SUK

Jawatankuasa bertindak penduduk Kg Papan serah memorandum di SUK

Jawatankuasa bertindak penduduk Kampung Papan menyerahkan memorandum kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, pagi tadi.

IMAG0028

Jawatankuasa bertindak penduduk Kampung Papan menyerahkan memorandum kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, pagi tadi.

Memorandum yang diserahkan pada jam 10.40 pagi itu bagi mengkaji keputusan Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkenaan projek perumahan di kampung Jalan Papan dan Kampung Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran Klang.

Ia mewakili jawatankuasa Peneroka Kampung Jalan Papan, Jawatankuasa Bertindak peneroka Bandar Jalan Bukit Kerayong dan Persatuan Penduduk Jalan Papan Pandamaran Pelabuhan Klang

Hadir sama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Pengerusi Jawatankuasa Peneroka Jalan Papan, Ang Mah Chye, Pengerusi jawatankuasa Kampung Jalan Bukit Kerayong, Dominic See dan Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jalan Papan Ang Boon Tai.

IMAG0026

Sementara itu, selepas mengadakan pertemuan bersama wakil penduduk, Haniza Talha yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor berkata beliau akan membawa isu tersebut dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).

Menurutnya jawatankuasa itu akan menyiasat serta mengambil tindakan termasuk memanggil beberapa saksi penduduk untuk memberi keterangan.

“Kita perlu mendengar cadangan dan pandangan daripada kedua-dua belah pihak dan selepas itu baru membuat rumusan di sebalik siasatan tersebut.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

“Dijangkakan kita akan membawa perkara ini dalam jawatankuasa pilihan khas berkaitan pihak PBT minggu depan,” katanya.

Ang Mah Chye menunjukkan memorandum kepada media

Komunitikini difahamkan, isu tanah di Kampung Jalan Papan tercetus pada tahun 1997 apabila enam lot tanah di Pandamaran termasuk tanah kedua-dua kampung tersebut telah diberikan kepada TPPT Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik Bank Negara, untuk memulih projek terbengkalai.

Pada 2003, MPK memberi notis kepada penduduk di situ supaya mengosongkan rumah masing-masing dan berpindah ke pangsapuri kos rendah yang dibina oleh TPPT atau pemaju lain dengan diberikan wang pampasan sebanyak RM7,000 kepada mereka yang setuju berpindah.

Kebanyakan penduduk tidak berpuas hati dengan tawaran itu dan mencadangkan TPPT membina rumah yang harganya di bawah RM100,000 kerana menurut mereka, sejak menghuni kawasan itu 70 tahun lalu, Pejabat Tanah telah memberi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada sebahagian penduduk, sehinggalah TOL itu dibatalkan tanpa alasan pada tahun 1990.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Isu itu memuncak apabila MPK pada 2004 bertindak merobohkan rumah di kedua-dua kampung itu dengan menggunakan Ordinan Darurat, dan ini memaksa jawatankuasa penduduk memohon satu injunksi mahkamah bagi menghentikan kerja merobohkan itu, selain turut mencadangkan TPPT menggunakan kontraktor pilihan jawatankuasa penduduk kampung yang dipercayai boleh memberi tawaran yang lebih baik, iaitu rumah teres.

Bagaimanapun, pada 2007, TPPT melantik Melati Ehsan Development Sdn Bhd bagi pembangunan projek tersebut tetapi syarikat itu hanya akan membina 107 buah rumah teres satu setengah tingkat di bawah harga RM100,000 dengan hanya 51 buah rumah akan diberi kepada pembeli daripada senarai jawatankuasa penduduk.

TPPT sebagai anak syarikat Bank Negara secara jelas telah melanggar syarat perjanjian yang dipersetujui dengan kerajaan negeri Selangor, dengan membenarkan projek itu diberikan kepada Melati Ehsan, sedangkan perjanjian berkenaan jelas menyatakan sebuah anak syarikat Bank Negara tidak boleh mengadakan satu projek yang mendatangkan keuntungan melainkan untuk memastikan perumahan dibuat untuk membantu masyarakat miskin.