Ops Sikap:Angka korban terus meningkat, 11 maut hari ke-13

Ops Sikap:Angka korban terus meningkat, 11 maut hari ke-13

Sebelas kematian dicatat pada hari ke-13 Ops Sikap ke-22 semalam menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula 3 September lalu ialah 212 orang.

Sebelas kematian dicatat pada hari ke-13 Ops Sikap ke-22 semalam menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula 3 September lalu ialah 212 orang.

Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM), mereka yang terkorban melibatkan dua penunggang motosikal, lapan pengguna kereta dan seorang pemandu teksi.

Jumlah kematian yang dicatat pada hari ke-13 kempen itu ialah 11 orang.

Selain itu, 1,123 kemalangan dilaporkan berlaku semalam dengan 115 di lebuh raya, 320 di jalan persekutuan, 194 jalan negeri, 425 jalan bandaran dan 69 lagi di jalan-jalan lain.

Dalam perkembangan lain, menurut sumber daripada Cawangan Trafik Bukit Aman, sebanyak 10,639 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.