MBPJ gesa KPKT kaji semula akta JMB

MBPJ gesa KPKT kaji semula akta JMB

Roslan berkata, kementerian perlu menubuhkan sebuah badan bebas mengendalikan JMB sepenuhnya mampu mengatasi kemelut dihadapi pemilik kediaman bertingkat dan bukannya meletakkan bebanan kepada PBT semata-mata.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datuk Roslan Sakiman berkata akta badan pengurusan bersama (JMB) yang digunapakai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di parlimen hari ini perlu dikaji semula.

Beliau mendapati akta JMB sedia ada menjadi bebanan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berperanan sebagai Commisioner of Buildings (COB) tidak mempunyai kuasa sepenuhnya menyelesaikan masalah dihadapi penduduk kediaman bertingkat.

Menurutnya cadangan supaya kementerian menubuhkan sebuah badan bebas mengendalikan JMB sepenuhnya mampu mengatasi kemelut dihadapi pemilik kediaman bertingkat dan bukannya meletakkan bebanan kepada PBT semata-mata.

“Kami hanya majlis daerah tempatan sedangkan kelulusan sepenuhnya daripada agensi kerajaan berhubung keseluruhan proses pembinaan kediaman bertingkat dari peringkat awal sehinggalah bangunan kediaman siap sepenuhnya.

See also  IJM unveils The Promenade for Bandar Rimbayu

“Selain itu, kekurangan kakitangan profesional untuk menjalankan tugas sebagai COB sebagai salah satu punca kelemahan akta JMB, macam mana kita nak jalankan siasat penuh ke atas akaun pemaju, sebagai contoh, dalam akta JMB sedia ada boleh lantik pegawai audit luar, tetapi dipertikaikan kementerian ,” katanya.

Upacara penutup program sesi dialog Selangor Blueprint tahun 2011-2013 bersama penduduk diadakan di Dewan Banquet ibu pejabat MBPJ, pagi semalam dirasmikan exco Pelancongan, Elizabeth Wong.

Mengulas lanjut jelasnya, kementerian perlu mengambil contoh langkah pentadbiran kerajaan Singapura menubuhkan badan bebas JMB memantau masalah bangunan retak, sistem penyelenggaran secara sistematik.

Isu JMB itu didedahkan kepada pemberita sejurus selepas Roslan mendapati , Elizabeth Wong yang juga  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan dilihat teragak-agak untuk menjawab soalan diluar bidangnya ekoran portfolio itu disandang Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

See also  Majestic Group transforms: Unveiling the new Majestic Gen

Program berlangsung selama lima jam itu berakhir 1 tengahari dihadiri presiden persatuan penduduk, NGO dan kakitangan swasta.

Roslan berkata, isu dihadapi kebanyakan penduduk yang memiliki kediaman di kawasan status bandaraya telah lama berlanjutan.

Antari lokasi kediaman bertingkat dikenalpasti Damansara Perdana, Bukit Lanjan, dAntari lokasi kediaman bertingkat dikenalpasti Damansara Perdana, Bukit Lanjan, dan sekitar Petaling Jaya. Selain itu, beberapa buah negeri antaranya Johor, Pulau Pinang dilaporkan mengalami masalah berbangkit isu tersebut.

Difahamkan, kemelut yang melibatkan pemaju, penduduk, agensi penguatkuasaan dan agensi kerajaan itu telah lama berlaku.