Operasi bil tertunggak Syabas

Operasi bil tertunggak Syabas

Menurut kenyataan Syabas hari ini pengguna di Lembah Klang yang mempunyai bil tertunggak dinasihati menjelaskannya dengan segera.

Pengguna di Lembah Klang yang mempunyai bil tertunggak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dinasihati menjelaskannya dengan segera kerana pihak Syabas sedang menjalankan operasi pemotongan bekalan air bagi bil tertunggak.

Menurut kenyataan Syabas hari ini kawasan yang terlibat ialah seluruh kawasan Cheras, Petaling dan Gombak.

Kenyataan itu berkata pengguna yang dikenakan tindakan pemotongan bekalan air dikehendaki membayar caj RM50 sebelum penyambungan semula dibuat.

Maklumat lanjut boleh didapati di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menerusi SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.